klik sini untuk melihat senarai produk

18.5.10

8 untuk Cantik

Salam...

Bila bercakap tentang cntik, sape takmo cantik kan...
Dah abes beratus2, mungkin beribu2 ringgit sepanjang hayat ni semata-mata untuk cantik...

Ops... Jangan silap...
Produk kecantikan semata2 takkan menjamin kite utk kekal cantik...
First thing first...Watch what U eat...

Nah, time pegi supermarket karang, jgn lupa masukkan mende2 ni dlm troli korang...

1. ANGGUR (dapat melambatkan kemunculan GARIS2 HALUS)

Inilah anggur

Garis2 halus pasti akan muncul menandakan yg kita sedang menuju ke hari tua. Ini berpunca dpd radikal bebas yg dtg dpt apa yg kita mkn (especially makanan yg dh diproses, diawet dan ditambah dgn pelbagai pewarna dan perisa yg dibenarkan).

Anggur mengandungi antioksida (mcm vitamin C) yg
berfungsi sbg bodyguard kpd kulit. Ia dpt memperbaiki dan juga dpt elakkan kekeringan kulit, garis halus dan tanda penuaan.

Nak amik tablet Vitamin C pun boleh. Tp anggur lagi sdap dan fresh. Nak murah sket amik buah oren

Setengah cawan anggur menyumbang hampir 20% vitamin C yg diperlukan oleh badan kita utk sehari. Ia juga dpt memelihara otot supaya sentiasa nmpak segar bugar...


2. KARBOHIDRAT RINGAN (utk kawal BAD MOOD)

Bila mood kite cam tak best je, kite mesti nk cari sumthing sweet utk mkn kan...

Cik Mood Tak Best, makan la saya. Makan la saya....

Ha.. secara biologinya karbohidrat ringan dpt merangsangkan perembesan serotonin; iaitu hormon penenang jiwa yg dpt melegakan stress dan kemurungan.

Tp kalo pengambilan gula ini diteruskan, ia
akan menambahkan kandungan gula dlm darah dan menjadikan mood kite bertambah parah lg...

Jadi, makanan manis bergula bukan bagus sgt. Yg paling baek ialah mknan kekacang ataupun roti berserat...

Walaupun tak secomel yg tadi, tp lebih berkhasiat dari yg tadi...


3. IKAN DAN WALNUT.. (Bila tumbuh JERAWAT)

Ini la Tenggiri. Tp masak dulu tau. Nanti saket perot...

Time gini kalo bleh jgn la mkn ape2 yg diperbuat dr tepung, terutama sekali karbohidrat yg telah diproses mcm roti putih dan bijiran yg manis.

Time gini korang kene mkn makanan yg kaya dgn asid lemak omega-3. Ia membantu mengawal keradangan dlm badan, termasuklah keradangan kulit yg menghasilkan jerawat.

Maknanya, walnut dan ikan (terutama salmon, tenggiri dan ikan tongkol) adalah yg terbaek utk memastikan kulit muka lembut dan takde biji2 merah...

Makanan ke-4 plk akan dibincangkan dlm entry yg akan datang...
Jgn lupa jenguk...

Wassalam...


Dicedok dan Diadun Semula dari SINI
Gambar pula dpd belas kesian Encik Google a.k.a Si Kacak (ayat bodek)

3.5.10

Testing

This Blog is Under Construction...

;;